Hasil nukilan

First of all, jangan terkejut kalu semua yg sy post merupakan seni sajak,
kerana saya sgt mencintai sajak,
yang halus dan membawa makna yg mendalam,
walaupun karya sy di bawah in tidak seberapa..
sy harap anda terhibur :)






Sayang  Oh  Sayang

Mentari  oh  mentari,
Aku  rindu  akan  sinarmu,
Sebuah  sinar  harapan,
Untuk  aku  terus  bernafas.

Pelangi  oh  pelangi,
Indahnyamu  menjadi  mahkota  langit,
Warna-warnamu  mempersonakan,
Segenap  jiwa  yang  memandang.

Hujan  oh  hujan,
Aku  cintakan  setiap  titisanmu,
Turunlah  dikau  membasahiku,
Moga  esok  dikau  masih  sudi  berbakti.

Bulan  oh  bulan,
Dikau  menerangi  tika  waktu  malam,
Meski  tidak  seterang  mentari,
Aku  masih  cemburu  akan  mu.

Bintang  oh  bintang,
Dikau  menjadi  teman  sang  bulan  yang  kesunyian,
Terpukau  aku  melihat  kerdipanmu,
Moga  esok  dikau  masih  mampu  membuatku  terpukau.

Sayang  oh  sayang,
Aku  terlalu  mencintaimu  keindahanmu,
Aku  terlalu  sayangkanmu,
Wahai  sang  bumiku..







Indahnya….

Hujan rahmat berlumba-lumba  membasahi bumi,
Meski kekadang ku terfikir ,
Adakah aku akan terkena tempias rahmatMu,

Jiwa ini….
Jiwa ini sentiasa meronta-ronta ,
Menangis-nangis
 meminta rahmatMu ,

Namun, bagi aku cukuplah sekadar,
Dapat bernafas di muka bumi ini,
Dapat melihat ciptaanMu ,
Yang apabila difikir asal usulnya,
Tidak dapat dicapai dek akal ,

Seterusnya dapat menggunakan kudrat ini ,
Untuk  berjihad ke jalanMu,
Oh, itu sudah  cukup mempesonakan,
Sudah cukup menjadikan aku insan sempurna ,

Insan yang reti menghargai maksud disebalik perkataan SYUKUR,
Seorang insan yang mengetahui hala tujunya di dunia yang fana ini,
Seorang insan yang sentiasa ingin berbakti ,
Mencurahkan segala ilmu yang terpendam ,
Dan semakin terpendam dalam diri..