Saturday 24 December 2011

22 Disember 2011

Tarikh keramat yg merupakan hari keputusan PMR diumumkan,
setelah 2 bulan menunggu, selama itu juga hati kau tak pernah senang, tenang..aduhai, PMR punya penangan,
hmm, aku mmg gelabah ssb aku tak rasa aku dh wat yg terbaik, ada kecuaian lah, and so whatever lah,
tapi aku yakin.. aku tak berputus asa, aku maseh berdoa...berdoa, dan berdoa, tak kira masa...kalu time hujan, lagilah ,
pagii tuh, hati ni berdegup pantas ... tak selera nak sarapan, and lagi teruk dah seminggu aku demam, demam risau kut, malam tuh, tidur pun tak lelap..tak payah set jam, aku dah jaga..mak lang aku yg kebetulan ada kat rumah cakap, jangan risau..InsyaAllah boleh!
aku maseh tak dpt nak mengiakan kata-katanya, sampai lah nama aku diumukan salah seorang student yg dapat straight A, masa tu air mata syahdu mengalir namun tidak begitu deras sedangkan hati ini tidak berhenti menyebut Alhamdulillah
...aku kuatkan kakiku untuk berdiri dan mara ke hadapan, mengambil slip peperiksaan...
aku kembali ke tempat aku duduk dan menangis sepuasnya, sahabatku di sebelah berbisik, ini bukan mimpi :)

Sampai sekarang aku maseh tak percaya namun Alhamdulillah, maha suci Allah masih beri aku peluang untuk aku terus maju dan berjaya, InsyaAllah..
  sejurus itu juga, tangan yg masih menggigil, menaip pesanan ringkas buat bonda tersayang ,Aku tahu bonda pasti tidak senang duduk, resah hatinya..
  apabila, sampai ke rumah, aku masih dapat lihat sisa air mata yg berlinangan di mata bonda, hati aku tersenyum kesyukuran :)

No comments:

Post a Comment