Saturday 7 January 2012

kepulangan yg ditangisi,

Kami bergegas pulang pada jam 6, hari khamis, 6/1/12, untuk menatap wajah arwah wan yg telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 petang,

Apabila melihat wan baring kaku di atas katil. Hati sebak mengenangkan nasib wan yang terpaksa menanggung sakit buat sekian lama, namun hati ini ku tabahkan, daripada terus menangisi, lebih baik aku bacakan yasin buat arwah wan,

Meski jam menunjukkan jam 1 pagi, aku masih bertahan, teringat pula.. Aku terpaksa meninggalkan sesi persekolahan aku pada hari jumaat namun sedikit pun aku tidak rasa keberatan,

Keesokan paginya, setelah siap dimandi dan dilafankan. Tibalah masanya untuk kami semua mencium arwah wan buat kali terakhir, seandainya diberi peluang, ingin sekali aku ungkapkan kata rindu dan sayang kepadanya yang selama ini hanya diungkapkan dengan air muka sahaja. Tiada terpacul di bibir ini. Wajarlah , belakangan ini selalu sahaja terbayangkan wan yang teringin sekali berkunjung ke rumah aku namun atok tidak mahu kerana katanya tidak mahu menyusahkan kami, kami agak terkilan tetapi mungkin lain kali barangkali.. Namun,tidak sempat rupanya, aduhai.


Apabila wajah wan ku kucupi, terasa dingin sekali dahi dan pipi wan, terus air mata mengalir laju namun cepat2 ku hapuskan, akhirnya, wan selamat dikebumikan pada jam 10 pagi, hari jumaat yang teramat mulia,


Setelah dua malam selesai tahlil, pagi ini, tibalah masa untuk kami berangkat pulang, memandangkan esok iaitu hari isnin, segala rutin harian selaku hamba Allah bermula kembali,


Seperti biasa, atok akan hulurkan sedikit sagu hati yang berupa duit buat cucu- cucu kesayangannya namun yang dihulurkan buat aku lebih sedikit daripada yang lain, baru aku teringat mungkin imbuhan atas keputusan pmr aku, aku bahagia kerana keputusan itu ternyata benar memberi seribu makna buat atok,

Aku terpaksa menolak pemberian itu sambil berkata "banyak sangat ni atok.." ,atok kata "takpe," lepas itu atok menghulur tangan untuk bersalam, aku salam terlebih dahulu, namun aku terkejut apabila atok cium kembali tangan aku sambil menangis dan berkata terima kasih lah, lalu aku terdengar tangisan atok, benarlah apa yang aku fikirkan, ini semuanya mengenai keputusan pmr aku, atok peluk aku dengan erat sambil berkata, "wan cakap alhamdulillah... Cucu aku..." aku memeluk kembali atok dan mencium pipi atok selepas aku dicium terlebih dahulu oleh atok, tidak aku sangka, arwah wan yang sering lupa itu tidak melupakan aku, andainya beliau masih ada. . Saat itu, hanya aku dan atok yg mengalirkan air mata kerana hanya kami berdua sahaja mengerti apa yang berlaku antara kami berdua, sungguh aku semakin kuat berazam untuk terus berusaha, atok! Insyaalah akan ku genggam impian ini demi keluarga kita . Demi atok yang kusayangi, aku akan jadi manusia yang berguna,takkan seskali aku hampakn harapan kalian semua,


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment