Friday 2 December 2011

Ya Allah :'[




Ya Allah,
Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan menerima keputusan PMR.  Sesungguhnya, tulus aku katakan aku sebenarnya sudah gagal menghadapi ujian yang aku terima..ujian ke arah kejayaan, yang aku maksudkan. Di saat aku nekad ingin mengulang kaji pelajaran.. Mabuk tidur melanda aku, meski pelbagai cara aku cuba, aku masih gagal. Pada malam hari yang keesokan harinya aku bakal menduduki peperiksaan Sains dan Sejarah, aku hanya mengulangkaji sejarah dan pada masa aku ingin mengulangkaji sains aku sudah mengantuk. Aku sebenarnya agak cuak dan gabrah apabila terfikir barangkali soalan-soalan yang susah bakal muncul. Jadi aku banyak ulangkaji di bahagian yang susah-susah. Namun, harapan ku musnah apabila soalan yang dikeluarkan semuanya senang-senang belaka dan malangnya aku sudah pun lupa tentang topik-topik tersebut. Kecewa bukan kepalang, hanya aku yang tahu manakala rakan aku masing-masing berpuas hati dengan jawapan sendiri namun adu juga seperti aku tetapi hati aku kuat menyatakan mereka pasti boleh menggenggam 8a itu. Baru sahaja tadi, aku menghubungi rakan karibku yang sekarang menuntut di MRSM. Beliau menyatakan ketidakpuasan hati dalam soalan sejarah dan matematik kerana beliau telah salah satu soalan dan sepatutnya beliau boleh mendapat 100%. Tiba-tiba, aku semakin dapat merasakan bahawa peluang aku untuk mendapat 8 a semakin hilang sinarnya. Hati aku hiba, sedih, perit rasanya apabila aku tidak dapat buat yang terbaik untuk PMR ini sedangkan akulah pelajar harapan sekolah yang sering menjadi sebutan di kalangan guru dan munrid. Sesungguhnya, aku amat tidak menyenangi suasana seperti ini. Gambar aku dipaparkan di papan kenyataan antara 10 yang teratas dalam peperiksaan pertengahan tahun. Aku akui, tahap keyakinan diriku semakin menjunam… namun, rakan-rakan mengatakan akulah orang yang beruntung, aku patut bersyukur dan bangga kerana bagi mereka  bukan senang untuk berada di tempat aku. Bagi aku pula, aku bukanlah seorang yang cemerlang bahkan markah-markah aku sangat rendah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain.  Padi hari selasa yang lepas, 29/11/11, aku menduduki peperiksaan UKKM di MRSM Kuala Kubu Bharu untuk menguji tahap kecerdasan akalku seterusnya jika melepasi tahap yang mereka inginkan maka aku pasti akan diserapkan dalam mana-mana MRSM. Keputusan bakal diumumkan melalui talian pada 3/11/11. Sungguh aku akui begitu cepat dan cekap tindakan mereka dalam menguruskan UKKM ini memandangkan soalan-soalan yang dijawab juga melalui talian. Ini memudahkan lagi proses dalam memilih antara yang terbaik. Namun, keputusan yang diumukan bukanlah keputusan muktamad memandangkan pihak MRSM bakal melihat juga keputusan PMR. Maksudnya, keputusan yang dinyatakan bakal ditapis lagi. Di saat ini, tiada siapa yang dapat membantu aku, mungin..mungkin…mungkin.. doa-doa sahabatku banyak membantu namun aku yakin usaha aku sendiri lebih afdal. Walaupun aku rasakan harapan aku agak malap namun aku tidak sesekali berputus asa berdoa kerana ini sahaja jalan yang aku ada, jalan terakhir.. Ya Allah , di saat ini..hanya engkau yang mengetahui apa-apa yang tersurat dan tersirat di hatiku. Aku ini hanyalah hambamu yang kecil dan kerdil di hadapanMu. Justeru itu, aku memohon..aku meminta agar aku aku bakal menggenggam keputusan 8A pada peperiksaann PMR tahun 2011 ini begitu juga sahabat-sahabatku yang lain meski harapan mereka sudahpun bersinar-sinar di mataku. Sesungguhnya, jika bukan rezeki aku, aku rasa aku perlu tabah dan aku perlu menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian Mu walaupun hati aku sebenarnya tidak rela ini berlaku namun segalanya tidak mustahil memandangkan aku sedar sejauh mana usaha yang aku curahkan..

-wallahhuaklam-

2 comments:

  1. jangan risau, have faith in yourself, result mesti gempak punyaaa ! sekarang ni, banyakkan doa and tawakal. Allah knows the best for you :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak :')
    InsyaAllah...amin,,

    ReplyDelete